Penerbitan Bikers Kental 2

Menurut Helmi Yusof, kesinambungan Bikers Kental diterbitkan selepas melihat sambutan hangat yang diberikan oleh peminat industri filem tempatan.[5]

"Perancangan awalnya, filem Bikers Kental 2 dilakukan sejurus sahaja filem pertama ditayangkan. Namun oleh kerana pada tahun 2014 dan 2015 memperlihatkan industri filem tempatan mendapat kutipan dan sokongan yang kurang memberangsangkan, maka ia dilanjutkan tahun penggambaran. Kami menunggu masa yang sesuai untuk melalui proses penggambaran yang seterusnya,"

Untuk filem ini, Helmi memilih filem Wild Hogs arahan Walt Becker sebagai rujukan. Penggambaran dijalankan di sekitar Danok, Songkhla, Hatyai, Trang dan Phuket.